Lawatan ini diadakan selama 3 hari iaitu bermula 4,5 & 6 Oktober 2018. Murid yang terlibat seramai 40 orang dan diikuti 4 orang guru. Guru yang terlibat iaitu Cikgu Aini, Cikgu Intan, Cikgu Shahnizam & Cikgu Ridzwan. Antara tempat yang dilawati ialah KLCC, Pusat Sains Negara, Istana Negara, River Cruise, Perigi Hang Tuah, Kapal Samudera, Pameran Tentera Laut, Kota A Famosa, Menara Taming Sari dan Animal Safari. Murid juga diberi peluang untuk menaiki beca yang disediakan dengan harga yang murah. Antara gambar-gambar sepanjang lawatan seperti di bawah.
1. Kuala Lumpur
2. Melaka
Yang diminati oleh murid-murid di Animal Safari.